Tuesday, 17 December 2013

回 The Wanababes-Ain Maisarah [novelis] 回

Assalamualaikum , and holla ! Selamat Pagi !

Alhamdulillah ! Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup dan beribadah serta taubat kepadaNya ! :D

okey , siapa kenal Ain Maisarah the novelis ? put your hands up ? yeh ! siapa tak kenal kan ? orang Malaysia mesti kenal , right ? okey ,, dlam novel novel kak Ain Maisarah , kan ada satu group nama dia 'The Wanababes' , right ? *betul ke ejaan nama group ? haha , okey , ahli ahli group 'TW' tu , adalah Fasha , and lain lain .. haritu bukak facebook kak Ain Maisarah ada post gamba 'kartun' 'TW' nie , sekali dengan perwatakan die ,, semuanya ada tujuh orang ahli .. nak tau ? check it out ~

Inilah ketua kumpulan The Wannababes. Fasharina Binti Tan Sri Hisham, orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan The Wannababes.

Fasha sentiasa memastikan ahli kumpulannya menerima yang terbaik. Fasha adalah seorang yang amat menghargai ahli-ahli kumpulannya. 

Ketika di Sekolah Sri Bangsar, Fasha dinobat sebagai pelajar perempuan paling popular, berada, sempurna dan lengkap pakejnya. Namun Fasha ada rahsia besar yang hanya dikongsikan bersama ahli The Wannababes sahaja. Rahsia bahawa hidupnya tidak bahagia. Punya keluarga yang bergolak sepanjang masa!

10 tahun akan datang, penampilan Fasha di dalam novel IMPIANA amatlah mengejutkan bekas rakan-rakan sekolah. Penampilan Fasha yang bertudung dan bersopan santun itu menimbulkan tanda tanya. Mengapa Fasha berubah? Apa yang membuatkan dirinya boleh berubah sebegitu rupa?

Kak Ain bercadang mahu menulis buku yang mengisahkan mengapa berlaku perubahan yang mendadak ke atas diri Fasha. Buat masa ini belum ada tajuk yang sesuai. Silalah cadangkan kepada Kak Ain.


Ini pula Nur Shasha Binti Dato' Saidini, orang kedua di dalam kumpulan The Wannababes. Seorang yang tegas dalam membuat keputusan.

Shasha paling menonjol di dalam aktiviti sukan, ekspedisi dan paling lasak berbanding kesemua ahli kumpulan The Wannababes.

Siapa yang membaca kisah Shasha 10 tahun akan datang di dalam IMPIANA pasti tahu apa yang terjadi kepada atlit Wannababes yang satu ini.
 


Siti Sazzy Atul Binti Abidin, adalah ahli kehormat kumpulan The Wannababes. Jawatan tidak rasmi adalah sebagai "Fashion Advisor".

Sazzy adalah anak seorang Duta Malaysia di luar negara. Sazzy yang bertanggungjawab menyebabkan The Wannababes terdampar di New York di dalam novel Aku Mahu Ke New York.

Kisah 10 tahun akan datang iaitu dalam buku-buku siri IMPIANA, Sazzy bekerja sebagai pramugari. Sazzy teringin hendak berubah mengikut Fasha yang telah bertudung litup namun berada di dalam dilema kerana memikirkan kerjayanya. Sazzy juga sedang dalam pencarian calon suami.

Kak Ain bercadang membukukan kisah Sazzy yang mahu mencari calon suami yang soleh dan boleh membimbingnya berubah.

Tajuk yang sedang berlegar-legar dalam kepala Kak Ain ialah 'Mr. Right Berkopiah'



Siti NurLinda Binti Ratfar adalah salah seorang ahli kumpulan the Wannababes. Jawatan rasmi adalah ketua gosip. Senyuman Linda paling manis dipadankan pula dengan tahi lalat di bawah bibir, sama seperti Siti Nurhaliza.

Linda mempunyai rahsia besar di dalam hidupnya yang tidak dikongsikan dengan ahli-ahli The Wannababes yang lain.

Linda mendapat pembalasan yang paling hebat di dalam novel IMPIANA iaitu kisah 10 tahun akan datang. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Linda dianugerahkan satu kelebihan yang amat luarbiasa. Kisah Linda ini Kak Ain akan bukukan tidak lama lagi.

Inilah Fazura Hazura bt Hazim, salah seorang ahli kumpulan The Wannababes. Fazura adalah ahli yang paling gedik di dalam kumpulan Wannababes. Mengalir sedikit darah raja, sudah heboh mahu menjadi puteri raja.

Kepada pembaca yang mengenali Fazura, bolehlah tolong Kak Ain senaraikan apa yang anda tahu mengenai Fazura melalui novel-novel Kak Ain. 

Kak Ain bercadang membukukan satu novel khas buat puteri raja perasan ini. 

Ini pula NurDiana Binti Naimi. Salah seorang ahli kehormat kumpulan The Wannababes. Diana adalah ketua kumpulan sorak Sekolah Sri Bangsar. Dengan kuasa ini Diana melantik semua ahli The Wannababes menjadi ahli pasukan sorak sekolah.

Diana mempunyai darah Mat Salleh daripada datuknya. Keluarga Diana adalah keluarga moden Kuala Lumpur. Selepas kisah IMPIANA, Kak Ain bercadang untuk menceritakan kisah Diana yang berada di dalam pertembungan budaya melayu dan budaya masyarakat barat. Jika boleh Kak Ain mahu menyentuh mengenai pertembungan dua keluarga datuk dan nenek Diana yang menganut agama yang berlainan.

Wah! Tentu amat menarik sekali. Kak Ain terbayangkan konsep cerita siri TV, Desperate Housewives. Semoga hasrat Kak Ain ini tercapai.


Nana Ilyana Binti Yusman, adalah salah seorang ahli kehormat The Wannababes. Jawatan tidak rasmi sebagai Makeup Advisor kepada The Wannababes yang lain. Nana mempunyai seorang kakak yang sangat sempurna sehingga membuat dirinya seperti halimunan pada mata keluarga.

Kisah 10 tahun akan datang, Nana telah mendaftarkan impian untuk lebih cantik dan lebih kaya daripada kakaknya Zana. Apakah nasib Zana dan Nana? Semuanya di dalam IMPIANA II dan III.
 


nak tau lebih lanjut ? lawat la pages kak Ain Maisarah , ye ! tha's only ! bye  and Assalamualaikum ~ !

thruthly ,
bonjour !


2 comments:

  1. holla too!i'm secret admire 16!!:Dyou like who in wannababes?i like FASHA.i have 47 and up novel kak ain........
    SOLOLOH BOLOS YO!!Peace yo>
    pak mat pergi ke warung anita
    membawa fasharina tan sri hisham
    tolong balas comment saya
    nanti saya belanja ais krim

    ReplyDelete